Thursday, February 20, 2014

Doakan ayah saya cepat sembuh


Assalamualaikum,

Pada hari sabtu 15 Februari 2014 yang lepas, abah saya iaitu Mohd Hasib telah terlibat dalam suatu kemalangan. Kejadian itu telah menyebabkan abah saya terhentak teruk di bahagian pinggul dan mengalami keretakan tulang pelvis bahagian kiri. Sedih melihat keadaan abah sekarang. Yelah, daripada abah sihat walafiat, sekarang abah hanya mampu terbaring.

Mungkin ada diantara korang yang pernah terbaca entry saya yang bertajuk 'Abah'. Dalam entry itu saya ceritakan pengalaman saya dan abah sewaktu kecil. Kalau belum baca boleh Klik Sini  

Jam tangan abah yang rosak akibat kemalangan

Dulu, masa saya kecil2, setiap kali saya terjatuh dan luka, mesti abah akan cakap begini :


Logik lah untuk abah berkata demikian, masa kecil2 memang kita selalunya mengada-ngada, benda kecil pon boleh jadi besar. Kadang2 bukan sakit mane pon, saje nangis kuat2 sebab nak perhatian.

Itu masa saya kecil, masih tidak matang. Sekarang bila dah dewasa, kita sedar yang kita menangis apabila bende itu terjadi sendiri, bukannya di paksa-paksa. DAN kita hanya menyatakan kita sakit, apabila betul2 kita merasa sakit.

Jadi, sebak hati saya bila abah saya mengadu sakit walaupun hanya melakukan pergerakan kecil. Orang tua ni, dia tak menipu, kalau dier cakap sakit, betul2 sakit lah tu.


Selaku anak lelaki sulong, saya sedar saya yang sewajarnya menjaga abah ketika sakit. Abah sudah tidak lagi mampu pergi ke bilik, segala aktiviti abah seperti makan, tidur, dan solat semua dilakukan ketika baring di atas tilam. Jadi, lebih selesa bagi abah kalau anak lelaki yang tolong.

Saya mengambil untuk pulang semula ke Senawang bagi menguruskan permohonan cuti bagi menjaga abah. Jujur, sepanjang perjalanan 3 jam itu, banyak persoalan bermain di minda saya. Siapa nak jaga Abah selepas saya sambung kerja? Sampai bila abah terlantar sakit? Siapa nak angkat abah?. Macam2 lagi soalan bermain di fikiran hingga sampai ke suatu tahap, air mata saya mengalir tanpa henti.


Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti panjang bagi menjaga abah. Saya tiada pilihan selain mengambil cuti tanpa gaji. Tapi saya tak kisah tentang itu, tiada guna juga bagi saya jika bekerja, tetapi hati masih terfikirkan abah yang sakit di rumah. Hari selase saya bekerja separuh hari, jumpa bos minta cuti, lepas tu terus pulang semula ke Sungai Besar petang yang sama. 


Terma kasih dekat boss sebab paham situasi saya. Terima kasih juga kepada rakan2 kerja yang tidak henti memberikan kata2 semangat kepada saya supaya tabah dengan semua dugaan. Terima kasih  juga atas segala sumbangan.


   Bergantung pada keadaan, saya mngkin akan mengambil cuti yang lebih lame. Apalah sangat berkorban beberapa minggu atau bulan kepada insan yang telah berkorban selama 23 tahun untuk hidup saya. Sekarang saya lebih tenang berada di Sungai Besar, boleh tolong mak jaga abah :') 



*MOHON JASA BAIK PARA PEMBACA MENDOAKAN AYAH SAYA IAITU MOHD HASIB AGAR CEPAT SEMBUH :')



14 comments:

  1. semoga ayah cepat sembuh yaaa. aamiin. kartoon nangis tu terbaekkkk !

    ReplyDelete
  2. ada nak kena buat apa2 operation ke nanti?
    semoga ayahnya cepat sembuh..n kembali pulih seperti sedia kala. :)

    ReplyDelete
  3. hopefully your father will recover well..amin

    ReplyDelete
  4. Semoga ayah roq cepat sembuh..aamiin. Thanks sudi tinggal jejak kt umah mak..

    ReplyDelete
  5. Semoga sedikit sebanyak terbalas pengorbanan ayah awk dulu. Skrg ni turn ank pula jaga ayah..

    ReplyDelete
  6. anak yang saaangat baik..keputusan yang tepat bero :-) moga abah cepat sembuh ok..

    ReplyDelete
  7. Ayah awak mesti bangga dapat anak yang baik macam awak roq. Awak juga bertuah diberi kesempatan untuk menjaga abah. Semoga abahnya cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  8. Semoga abah awk cepat sembuh. :)

    ReplyDelete
  9. Semoga ayah awak cepat sembuh...aminnn

    ReplyDelete
  10. semoga pakcik cepat sembuh .. amin.
    kalo kty kat tmpt adik pun buat keputusan yg sama .. duit boleh cari tp kasih sayang kita pd org tua selagi diaorg masih hidup sudah dicari ganti..

    ReplyDelete
  11. huhuhu
    semoga cepat sembuh abah seperti sediakala

    ReplyDelete
  12. Besar sungguh pengorbanan adik Ciklin ni.Diharapkan pakcik kembali sihat seperti sediakaka,bertabahla dengan ujian ini ye

    ReplyDelete
  13. Ya Allah..abah dan mak kamu telah membesarkan kamu dengan sgt baik..alhamdulillah. .bahagiakanlah mereka selagi.masih hidup..moga dipermudahkan segalanya..moga abah cepat sembuh ye. .amin..

    ReplyDelete

men men komen