Tuesday, May 29, 2012

Sofia : Si Betina Jalanan

         Saya sedang berehat-rehat, pintu terbuka, rakan bilik saya Boyak dan seorang lagi rakan mekanikal iaitu Memet terlampau malas untuk menutup pintu bilik. Sofia masuk melenggang. Kami tak hirau, bukannya Sofia datang buat maksiat. Tapi sofia kelihatan sangat manja, dia datang dekat ke arah Memet lalu menggesel-gesel badannya mengharapkan sesuatu. Kami semua terlampau malas melayan Sofia kerana Memet dan Boyak sedang menguruskan hal Latihan Industri, aku pula di atas katil membuang masa melayan internet.

          Sofia pun seakan faham dengan hal kami, dia hanya berjalan di sekitar bilik mengharapkan simpati. Sedang memet meniarap diatas lantai, Sofia pun turut serta. Sofia sangat manja, Memet peluk Sofia lalu menggesel janggutnye ke kepala Sofia. Sofia mesti suka sebab terlampau lama tidak di belai selaku betina jalanan.

           Memet dan Boyak ke tingkat bawah untuk menyambung Hal lain. Sofia ditinggalkan sendirian. Sofia nampak aku, dia jalan dekat lalu naik ke atas katil. Kesian Sofia, aku tenguk perutnya kosong. Sofia macam penat, dia baring dicelah kangkang.Aku berasa sedikit tidak selesa kerana pergerakan aku terbatas. Aku kurangkan pergerakan supaya Sofia berasa selesa kerana dia sudah tidur-tidur ayam di celah kangkangku.

           Aku perhatikan Sofia, dia tidur, kerana petang panas, aku terpaksa melakukan sedikit pergerakan kaki kerana memakai jeans sambil baring memang tidak selesa. Sofia terjaga, seolah dia pun tidak merasa selesa, dier bergerak hampir ke dada ku lalu baring semula. Aku terhidu bau yang kurang enak, bau Sofia macam longkang. Mungkin kerana dia tidak pernah dimandikan bersama sabun. Kemudian kami baring bersama semula.

           Aku belai Sofia, Aku berasa bersyukur kerana aku tidak berada di tempat Sofia. Tidak terurus, tidak terjaga, tidak disayangi, hidup berkeliaran mengharap simpati.

            Hanya aku tahu nama dia Sofia, kerana aku yang memberi nama. Aku pun tidak tahu berapa ramai yang telah memberi nama kepada Sofia. Mungkin nama dia Jenny, Tapi pada aku dia masih Sofia. Jika aku bertemu Sofia lebih awal, mungkin aku akan menjaga dia dengan lebih  baik, akan aku mandikan sampai wangi. Mungkin Tuhan ada cerita yang baik untuk Sofia , cuma aku yang tidak tahu kerana Sofia tak pernah bercakap denganku.





















































Sofia dicelah kangkang

11 comments:

  1. hamboihhhh..nak nama best2 je ea.. sofia plak tu!! hahahah

    ReplyDelete
  2. da agak da kucing~ *cantek la katil...

    ReplyDelete
  3. sofia kecelaruan gender..hahar

    ReplyDelete
  4. mule2 mcm bt suspen je... nsb lah akak dh nmpak gmbr kt blog tu heheheh

    ReplyDelete
  5. nampak muka die mcam abu kt hostel aku.Abu!

    ReplyDelete
  6. Hai!

    Done following ur blog
    kalau sudi, meh la blogwalking blog sye..
    dan follow :D

    btw, very impressive blog!

    http://fazlinazahran.blogspot.com/

    ReplyDelete

men men komen