Thursday, February 20, 2014

Doakan ayah saya cepat sembuh


Assalamualaikum,

Pada hari sabtu 15 Februari 2014 yang lepas, abah saya iaitu Mohd Hasib telah terlibat dalam suatu kemalangan. Kejadian itu telah menyebabkan abah saya terhentak teruk di bahagian pinggul dan mengalami keretakan tulang pelvis bahagian kiri. Sedih melihat keadaan abah sekarang. Yelah, daripada abah sihat walafiat, sekarang abah hanya mampu terbaring.

Mungkin ada diantara korang yang pernah terbaca entry saya yang bertajuk 'Abah'. Dalam entry itu saya ceritakan pengalaman saya dan abah sewaktu kecil. Kalau belum baca boleh Klik Sini  

Jam tangan abah yang rosak akibat kemalangan

Dulu, masa saya kecil2, setiap kali saya terjatuh dan luka, mesti abah akan cakap begini :


Logik lah untuk abah berkata demikian, masa kecil2 memang kita selalunya mengada-ngada, benda kecil pon boleh jadi besar. Kadang2 bukan sakit mane pon, saje nangis kuat2 sebab nak perhatian.

Itu masa saya kecil, masih tidak matang. Sekarang bila dah dewasa, kita sedar yang kita menangis apabila bende itu terjadi sendiri, bukannya di paksa-paksa. DAN kita hanya menyatakan kita sakit, apabila betul2 kita merasa sakit.

Jadi, sebak hati saya bila abah saya mengadu sakit walaupun hanya melakukan pergerakan kecil. Orang tua ni, dia tak menipu, kalau dier cakap sakit, betul2 sakit lah tu.


Selaku anak lelaki sulong, saya sedar saya yang sewajarnya menjaga abah ketika sakit. Abah sudah tidak lagi mampu pergi ke bilik, segala aktiviti abah seperti makan, tidur, dan solat semua dilakukan ketika baring di atas tilam. Jadi, lebih selesa bagi abah kalau anak lelaki yang tolong.

Saya mengambil untuk pulang semula ke Senawang bagi menguruskan permohonan cuti bagi menjaga abah. Jujur, sepanjang perjalanan 3 jam itu, banyak persoalan bermain di minda saya. Siapa nak jaga Abah selepas saya sambung kerja? Sampai bila abah terlantar sakit? Siapa nak angkat abah?. Macam2 lagi soalan bermain di fikiran hingga sampai ke suatu tahap, air mata saya mengalir tanpa henti.


Setelah berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti panjang bagi menjaga abah. Saya tiada pilihan selain mengambil cuti tanpa gaji. Tapi saya tak kisah tentang itu, tiada guna juga bagi saya jika bekerja, tetapi hati masih terfikirkan abah yang sakit di rumah. Hari selase saya bekerja separuh hari, jumpa bos minta cuti, lepas tu terus pulang semula ke Sungai Besar petang yang sama. 


Terma kasih dekat boss sebab paham situasi saya. Terima kasih juga kepada rakan2 kerja yang tidak henti memberikan kata2 semangat kepada saya supaya tabah dengan semua dugaan. Terima kasih  juga atas segala sumbangan.


   Bergantung pada keadaan, saya mngkin akan mengambil cuti yang lebih lame. Apalah sangat berkorban beberapa minggu atau bulan kepada insan yang telah berkorban selama 23 tahun untuk hidup saya. Sekarang saya lebih tenang berada di Sungai Besar, boleh tolong mak jaga abah :') 



*MOHON JASA BAIK PARA PEMBACA MENDOAKAN AYAH SAYA IAITU MOHD HASIB AGAR CEPAT SEMBUH :')



Wednesday, February 12, 2014

Kejadian Memalukan Di McDonald



Rasenye dah lame sangat2 aku tak update blog. Nah hambekkk! setelah sekian lame aku tak melukis, dapat gak aku siapkan satu entry.

So, aku teros sambung citer ape sebenarnye yang terjadi time aku pergi McD. McD Kuale Selangor secara lebih tepat.  FYI, sekarang aku kerje dekat Senawang, jadi jarang sekali aku balik Sg Besor (hometown). And dekat sungai besar takde Mcd. yeah, a bit lame disitu. Senang citer, otw sungai besar ade satu je McD iaitu di Kuala Selangor, ape lagi..... time tu je la nak beli kot.


Sampai je McD , aku ternampak ade awek kategori2 Hijabista jugak la, dier punye tudung belit2 ringan2 je, tapi yang penting minah tu cun......


So, cam biase la... Beratur, Order, Bayar, Dah dapat makanan, Blah.... Tapi sebab 2 jam driving, aku pon ambek keputusan nak rehat2 jap. 3 Minit berlalu, angin dalam perut pon berlalu pergi (kentut).....(*sumpah wa memang tak berbakat pakai metafora)


Perghhhh!! Nikmat bai dapat kentut lepas tahan kentut punye lama dalam keter. Tapi aku lupe, da 2 hari aku tak berak. Dier punye bau kawwww punye! TAMBAH MASALAH aku baru teringat awek cun tu duduk belakang aku !!!


Laju giler bai aku toleh belakang. Cepat2 aku pandang depan balik, takdelah dier dapat cam muke aku. hahaha. Tapi time sekilas pandang aku nampak muke dier, memang sah la dier dah tercium bau kentut aku.Hahahaha. MALU NAK MAMPOS weiiiii! Aku cepat2 sambar makanan dalam beg kertas, pastu aku blah laju2 pergi kereta.


Cisss..... sampai hari ni aku masih teringat2 peristiwa hitam itu. Kepada awek yang terhidu bau kentut abang, Maafkan lubang jubur abang yang celupar. Heeee~ Kalau terjumpe lagi, jangan lah jerit "Eh! awak kan yang kentut dekat McD haritu??"...... Jatuh air muke abang. haha





Saturday, January 4, 2014

Damn


As just i wanted to start the  365 project. My work have denied it all. i hate my life right now.

Wednesday, January 1, 2014

1/365 : Satu Permulaan


Owhhhooiiiihoiiiiiiiiii~

Hey! Dah tahun baru! azam pon haruslah baru! (walaupon azam2 sebelom ni ta tercapai pon pffftttt~)

Aku ingat nak update blog lebih kerap. Kot2 boleh jadi femes kannn.. hahahaha

Bagi hint sikit.... iolz dah beli printer uholzzz~ so senang lah mak nak meng-scan kartun2 mak. Hip2 hoorey! (motif kepondanan yang kurang jelas)

In conclusion, aku nak start project 365 aku sendirik. YES! in adalah bagi memotivasikan diriku yang malas ini supaya lebih rajin dan teratur ahgichiewww~


Inilah dier scanner dan alat tulis baru. Plastik pon tak bukak lagi dowww~ Dengar cite harge alat tulis pon nak naik. Kiwak betol, Pasni nak beli pen lukis pon berkire. *tarik rambut rosmah, blend sampai jadi ink. itu pon ink kualiti rendah. puiiii~ 





Saturday, November 30, 2013

The Cycle Of Life


Why is it always like you have to follow the cycle so call 'life' which start with kindergarten stage, primary school stage,secondary school stage, matriculation, university, working, get married, have child, make money...........and so and so and so. As you grow older, u eventually realise that it is all because of MONEY. No you dont need to start lecturing me about your religious point of view, you will end up with the same conslusion. 

Monday, September 2, 2013

Harga Minyak



"Dik, harge minyak naik berape banyak?? "





ps: well thanks, menyesal pula pangkah dacing. come on la, tak sampai setahun lagi kotttt~


Sunday, September 1, 2013

Having a bad day ?



Are you having a bad day?, if u do, here is something to cheer you up.



Let just ask this mak cik a question...




"Mak cik, siapa kat sini yang paling comel, cantik, ataupon kacak??"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*









ps: I hope this make your day  :), share it to someone that u feel having a bad day...teehee XD