Owhhhoooiiiiiiii~
Asyik2 citer pasal pengalaman idup je kan? mesti korang bosan kan? mesti rase nak muntah meggi malam tadi kan? Hari ni aku ingat nak berubah angin sikit.....nak buat tutorial....... (sila jangan ambil serius pasal tutorial ni)
Sebelom aku memulakan tutorial "
3 Langkah Nak Ambik Gambor Cam Siti" ni....meh kiter tengok gambar Dato Siti Nurhaliza dulu..... ini adalah untuk memberi inspirasi kepada kita..
Sudah melihat gambar di atas dengan puas? Mari kita mulakan tutorial "3 Langkah Nak Ambik Gambor Cam Siti"....
Langkah Pertama
Kalo korang tengok muke Dato Siti, muke dier Masyaallah....jerawat pon tak berani nak tumbuh. betul dop? Kalo wajah2 desa cam kiter ni, jerawat membiak dengan hebat. So untuk TAK bagi nampak jerawat tu, korang bolehlah menggunakan Bedak Asas atau Fondeytion setebal 2 inchi. Lebih mudah kalo korang menggunakan Kamera beresolusi rendah. Sila gunakan kamera phone Norkiah 3GP ataupon Webcam laptop korang. Ini kerana detail2 seperti jerawat, panau atau kusta akan kurang kelihatan.
Langkah Kedua
Nampak tak Eyeshadow ataupon Bayang2 mata Siti? Ye, mekapnye tak keterlaluan dan nampak natural. Untuk menghasilkan effect yang sama, sila gunakan Pensil Khot yang diasah tajam ataupon suruh sahaja member anda tumbuk sekuat kuatnye mata anda. Nak kesan yang lebih Natural?? Sila siapkan essignment yang diberi lecturer anda, tapi ingat, kumpol dulu essignment2 tu, buat last2 minit sebelom due date. Amalkan meminum nescafey dan jangan tidur selama 2 atau 3 hari. Nescaya mata anda akan kelihatan seperti mata Siti.
Langkah Ketiga dan Terakhir
Dato siti menggunakan Tudung Mini atau Serkop untuk mengaver rambutnye. Ini menampakkan wajah yang feminin, goojes serta shanteq dipandang. Kalo korang nak Serkop yang serupa, belilah di Downtown, pasar malam ataupon Kedai Runcit Pak Abu berdekatan. Tidak ingin mengeluarkan modal? jangan risau, pinjam sahaja dari rakan2 anda. Jika rakan anda tiada, pinjam sahaja dari makcik Kafey ataupon Cleaner aras anda.
Inilah hasilnya
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nampak sebijik kan? Disebabkan sukar mendapatkan Mikrofon didalam bilik, maka saya menggunakan Kipas free kenduri kahwin sahaja sebagai Prop yang berkesan untuk menggantikan mike...Jangan lupe juge untuk menunjukkan sedikit jambul bagi menampakkan kesan comel yang keterlaluan.....
Ok...dah cukoplah aku merepek.......Tobat tak mau buat entry camni dah.....mesti respon korang camni kan?
suke entry ni? sile like ye XD