Ok, entry kali ni pasal hamster lagi ...... Mesti ade mulot2 keji yang akan berkata "Asyik2 pasal hamster, bapak busan, takde idea la tu"......ARGHH!!......(bertukar menjadi hulk berbaju melayu)
Bukan aku takde idea, sebenarnye aku da lukis banyak.....tapi hari tu aku sempat scan entry2 pasal hamster sahaja...... sobs2~ :(...... tu pon aku pergi scan kat umah member. kat umah akak aku takde scanner...wuwuwu~ takde ke sape2 nak sponsor scanner?? huhu
Oklah...kembali kepada tajuk entry.....adakah hamster kentut?? untuk mengetahui dengan lebih lanjut...sila tengok gegambar kat bawah ni dulu cam biase.....
wait for it....pfffffftttttt~
Aku pon tak pasti sebenarnye entry ni pasal hamster kentot atopon tuan hamster yang kentut...hahaha
ye, seperti yang anda telah dimaklumkan.....entry kali ni akan berkisarkan tentang menatang kat bawah ni...
muke sahaja comel...sebenarnye jahat gak.....
Nak tau sebab ape aku cakap natang ni jahat dan mengerikan?? ko tengok je lah flow gambar kat bawah ni... entry aku memang sikit je ayat2 dier...malas nak taip kannnnn.....haha
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Jadah ape aku buat entry pasal hamster time bulan pose pon aku tak tau.....hahaha
selamat berpose kepada yang muslim...yang tak muslim jangan makan depan yang muslim....kang makan hati pulak yang muslim.....so much for 'makan' words...arghhhhh! ape aku merepek ni....
untuk beberape entry yang bakal datang...semuanya pasal hamster...kbai.....
jam menunjukkan pukol 2.20 pagi ketika entry ini ditulis. Aku tau, dah lame aku tak hapdate blog ni...mungkin korang pon dah naik menyampah tunggu entry baru kan?? oleh yang demikian... aku mintak maap sangat2...huhu (macam tak wajar je aku minta maaf..eh?)
Bukan aku tak nak hapdate, hujung2 sem hari tu perikse, dah la paper susah nak mamp....tak pasal2 kene ripit 2 paper...arghhh!!! Busy pasal internship lagi semua....takde scanner lagi...huhu...tu yang blog pon berhapuk berdaki berlumut bagai...sungguhpon begitu... Follower aku still cecah gak angka seribu..hikhikhik..
owh...lupe nak bagitau...Aku tak jadi pergi Australia gara-gara Visa delay :(
kesedihan ini ber'background'kan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz rambut ropol2
Walaupon tak pergi oversea, aku still bersyukur dapat tempat Latihan Industri last2 minute kat Bangi. Sekarang aku kerje Denso. Jage kilang...haha. Senang aku duk sini....tempat tinggal ade....pengangkutan ada....internet ade.....makan sponsor.......Terima Kasih sangat2 kat kakak aku iaitu Kak Pidah kerana bagi tumpang umah dier..huhu :)....dapat gaji ciput nanti kita makan Seoul Garden ye..haha
Nak citer pengalaman kerje sikit....biase la...first day mesti dier bagi baju ngan semua alat2 yang korang perlu...aku dapat barang2 ni ha....
aku dapat Safety boots...topi....safety glass....ngan baju dua helai
Jadi....bila pakai semua barang kat atas ni...lebih kurang camni la stail yang terhasil..
Gambar sebenar tiada....gambar sebenar lebih kacak dari ilustrasi..sekian
Perkara pertama yang aku belaja bila pusing2 kilang adalah berapa lame pekerje2 kat sini dah berkhidmat untuk kompeni. Bila aku check biodata2 dorang...ada yang dah keje lebih 20 TAHUN!!! ade yang start dari 1989. time tu aku pon tak lahir lagi, baligh jauh sekali...itu baru 20 tahun, yang dekat 30 tahun pon hade...giler babeng ah.
Senang je nak tau dorang ni dah lame ke tak kerje ngan kilang. First thing yang korang tengok adalah Safety boots dier. Kalo kasot tu still berkilat ala2 baru lepas kene polish....konferm mamat atau minah tu baru masok kerje. Yang veteran ni , kasut dah terkopak2...dari hitam ke warne kelabu. Kalo cium boleh mati keracunan gas. Bende ke-2 yang boleh nampak adalah nametag dorang. Kalo yang dah kerje lame, nak bace name dorang yang tertulis tu pon tak boleh. pudar sangat2....kalo korang boleh bace name kat tag tu, maknenye baru masuk keje la mamat tu...
Berdasarkan tips2 mengenal orang lame atau baru ni....dah sah2 la dorang tau aku budak baru. Safety boot giler kilat. Dah la baju budak2 training kaler biru. giler tak merge ngan orang2 lain. Orang besar sampai operator kilang semua pakai baju sama. baju koperat kaler kelabu. Kitorang yang training ni pakai baju kolar biru...memang senang di 'spot' lah...sigh~
Apa boleh buat.....ko terima je lah sebagai orang baru kat situ seadanya..... Tuhan tolonggg~...lembutkan, meggi diaaaa....(tetibe nyanyi tanpe motif yang jelas)
Selama 3 minggu aku kat Denso ni...banyak giler bende aku belaja. banyak gak term2 bahase jepun aku kene pakai. owh...kerje ngan kampeni jepun ni straight sikit. nanti aku citer.
demi mengelakkan pekerje2 membuang masa, kitorang takde INTERNET...so tak boleh nak access website2 luar :(.....kitorang ada INTRANET je....yang connectkan pekerje2 semua.... tu yang susah nak hapdate tu.....
ok la....tu je kot entry kali ni...ade mood aku hapdate yang klakar plak...hehe :)
Hujung2 sem ni, aku rase entry aku smua berbau-bau kelucahan dan kelahanatan. Alang2 dah cilake, biar sampai ke pangkal ketiak. nah! satu lagi entry nok harom aku persembahkan....
Aku ingat hari ni aku nak buat tutorial Care Memakai Tudung versi jilake. Sedangkan Mawi pon ade tudung, ape ntah lagi aku...eh?.........walaupon aku turun gym, aku masih boleh buat entry care pakai tudung...isk2 (terharu tibe2 tanpe motif yg jelas)........Ok...mari teruskan dengan tutorial.....
Langkah2 yang pertame, mestilah sediakan barang2....ingat, anda hanya memerlukan barang2 yang ada didalam bilik anda sahaja....murah dan cepat....
Anda memerlukan kain peleykat terpakai sebagai tudung asas..kalau takde, pinjam sahaje rumet punye
Anda juga memerlukan skaf dari perlawanan bola sebagai hiasan untuk menyerlahkan tudung asas anda
letak 'tudung' disekeliling kepale
lilitkan dengan bersahaja skarf bola tadi, skaf Malaysia melambangkan anda cintakan negare anda
Kemaskan tudung serta skarf tadi supaya nampak comel cam aku...(muntah darah)
Okey, part ni tricky sikit, dengan sedikit daya kreatif, lilitkan dengan rakus tudung bersama skarf tadi....biarkan shaja rambu-ramba skarf tadi bersebelahan mata anda, rambu-ramba tadi bertindak sebagai penahan habuk ketika anda menaiki motor EX5....(Homai...seramnye muke aku)
tunjukkan muscle tangan anda sbagai pre-pose
Takde hand bag sebagai penyeri?? jangan risau, gunakan sahaja bakul hamper....gunakan shieldtox, gel rambut dan deodoran untuk mengisi bakul tu...
Ya! kini anda sudah bersedia untuk jalan2 mencarik kapel baru....pose lah dengan yakin dengan fesyen tudung baru anda. jika anda ingin membuat tutorial seperti ini...sila pastikan rakan anda tiada dibilik bagi mengelakkan fitnah. Eh? kenape fesyen tudung tak same ngan tutorial?? nama pon tutorial jilake..hoho
Owh lupe!!! exam tinggal beberape hari je lagi...huhu, mungkin blog hapdate lambat, dengan preparation pergi Australia lagi...fenin kepale aku....sigh~
Minat tudung Roq? dapatkan di pasaraya berdekatan...sila like kalo rase menyampah..harhar
Saya sedang berehat-rehat, pintu terbuka, rakan bilik saya Boyak dan seorang lagi rakan mekanikal iaitu Memet terlampau malas untuk menutup pintu bilik. Sofia masuk melenggang. Kami tak hirau, bukannya Sofia datang buat maksiat. Tapi sofia kelihatan sangat manja, dia datang dekat ke arah Memet lalu menggesel-gesel badannya mengharapkan sesuatu. Kami semua terlampau malas melayan Sofia kerana Memet dan Boyak sedang menguruskan hal Latihan Industri, aku pula di atas katil membuang masa melayan internet.
Sofia pun seakan faham dengan hal kami, dia hanya berjalan di sekitar bilik mengharapkan simpati. Sedang memet meniarap diatas lantai, Sofia pun turut serta. Sofia sangat manja, Memet peluk Sofia lalu menggesel janggutnye ke kepala Sofia. Sofia mesti suka sebab terlampau lama tidak di belai selaku betina jalanan.
Memet dan Boyak ke tingkat bawah untuk menyambung Hal lain. Sofia ditinggalkan sendirian. Sofia nampak aku, dia jalan dekat lalu naik ke atas katil. Kesian Sofia, aku tenguk perutnya kosong. Sofia macam penat, dia baring dicelah kangkang.Aku berasa sedikit tidak selesa kerana pergerakan aku terbatas. Aku kurangkan pergerakan supaya Sofia berasa selesa kerana dia sudah tidur-tidur ayam di celah kangkangku.
Aku perhatikan Sofia, dia tidur, kerana petang panas, aku terpaksa melakukan sedikit pergerakan kaki kerana memakai jeans sambil baring memang tidak selesa. Sofia terjaga, seolah dia pun tidak merasa selesa, dier bergerak hampir ke dada ku lalu baring semula. Aku terhidu bau yang kurang enak, bau Sofia macam longkang. Mungkin kerana dia tidak pernah dimandikan bersama sabun. Kemudian kami baring bersama semula.
Aku belai Sofia, Aku berasa bersyukur kerana aku tidak berada di tempat Sofia. Tidak terurus, tidak terjaga, tidak disayangi, hidup berkeliaran mengharap simpati.
Hanya aku tahu nama dia Sofia, kerana aku yang memberi nama. Aku pun tidak tahu berapa ramai yang telah memberi nama kepada Sofia. Mungkin nama dia Jenny, Tapi pada aku dia masih Sofia. Jika aku bertemu Sofia lebih awal, mungkin aku akan menjaga dia dengan lebih baik, akan aku mandikan sampai wangi. Mungkin Tuhan ada cerita yang baik untuk Sofia , cuma aku yang tidak tahu kerana Sofia tak pernah bercakap denganku.
Sape yang follow aku kat Twitter mesti telah menyaksikan konflik tarikh Hari guru.....konpius 15 Mei ke 16 Mei.... disebabkan aku baru perasan yang hari ni hari guru , aku pon tergesa-gesa buat entry hari guru... So aku sempat lukis sikit je...huhu
Kalau nak citer pengalaman ngan cikgu2 ni...memang boleh krem mulut nak bercerite, ye lah, sekolah tu dah jadi macam rumah no 2 ko....lagi lah aku, dari sekolah menengah sampai ke universiti, semua dok asrama...
Aku terus ke entry la ye, ini merupakan beberape kenangan yang masih fresh kat kepale aku..
1) Tulisan Buruk
Ye! satu bende yang aku perasan....semua cikgu tak suke tulisan aku...yelah, tulisan cakar anjing punye font. Memang boleh rabun warne bile bace tulisan aku..haha. Aku pon dah biase menjadi ikon tulisan buruk....so bile cikgu2 kutuk tulisan aku, memang dah tak effect la.....(walhal sentap level tinggi)
2)Pelukan seorang Guru
Pelukan pertame dan terakhir yang aku dapat dari seorang cikgu adalah mase aku mendapat 5A time UPSR. Mase sekolah rendah dulu, aku kelas no 2, kire bodow tu tak la bertingkat sangat....Kelas 1st ramai giler dapat 5A, kelas aku 8 orang je dapat 5A...kire memang nasib baik giler ah...haha!...aku ingat lagi name cikgu yang peluk aku....Cikgu Faezah name dier....ntah kat mane la dier sekarang...
3)Hadiah Hari Guru
Aku bukan lah anak orang kaye, aku ingat lagi....dulu ade satu time aku bagi hadiah 2batang pen, pembaris, ngan satu pemadam je kat sorang cikgu tu. Bile aku bungkus....kecik je adiah tu. Biler aku tengok orang lain punye adiah besar2, segan plak aku nak bagi kat cikgu. Tapi takpe, ikhlas punye pasal aku bagi jugak. Biler aku bagi adiah, aku akan carik cikgu yang paling ramai org tak bagi hadiah..haha! ade sekali tu aku bagi kat Cikgu English aku, sumpah garang! takde orang suke! hadiah dier paling sikit......tapi, biler aku bagi dier hadiah mini tu......First time aku nampak senyuman dier yang paling ikhlas dan paling cantik.....baru aku sedar, tak semua yang garang itu jahat.....
4) Cikgu Cantik, Cikgu Biase2
Lumrah sebagai seorang student, akan menjadi sangat semangat untuk belajar biler cikgu tu cantik...yelah, sape je yang taknak cikgu cantik sayang ko?? kan kan kan? biler sampai cikgu tak berape nak cantik, boleh2 tak nak rapat ngan dier.....lahanat je perangai...hahaha
5) Tarian Memalukan yang kantoi...
Yang ni memang aku ingat kaw2....dulu kan selalu ade citer Sin Chan Petang2 kat NTV7.....pastu femes la satu scene tu iaitu scene Tarian Jagung....aku pon menarilah tarian tu kat kelas.....mase ni dah la da sekolah menengah....yang aku tak perasan....dekat blok sebelah ade sorang cikgu yang tengah memerhatikan aku.....arghhhhh! malu giler wehhhh!.....member aku la yang tegur, dier cakap cikgu tu da lame perhati aku...rase cam retard pon ade gak....haduyai...
Itu je kot entry aku pasal cikgu.....sumpah weh....aku busy gila2 ni......stress nak mampos.....ni pon aku curik2 mase hapdate....bile dah hujung2 sem ni, semua bende nak kene setelkan pasal selalu tangguh.
Mengakhiri entry ni, marilah dengar lagu yang akan dinyanyikan cikgu2 ketika hari guru....